MARI MENGENAL RASULULLAH
Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul
Muttalib bin Hashim
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin
Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama
'Abdul Muttalib
Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
Nama ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu
Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib
As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah as-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah pada 25 tahun
Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina
'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar
Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu
Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin
dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)[anak tiri Rasulullah]
BIODATA RASULULLAH S.A.W.

1. Nama: Muhammad Bin Abdullah Bin Abd Muttalib
bin Hashim
2. Tarikh Lahir: 12
Rabiul Awal / 20 April 571M / Subuh / Tahun Gajah
3. Tempat Lahir: Rumah Abu Talib, Makkah
Al-Mukarramah.
4. Nama Ibu: Aminah Binti Wahab Bin Abd Manaf
5. Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (Ummu
Aiman, Hamba perempuan kpd bapa Rasulullah)
6. Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (Hamba perempuan Abu
Lahab)
7. Ibu Susu Kedua: Halimah Binti Abu Zuaib
As-Sa'diah (Halimah As-Sa'diah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W.
USIA 5 TAHUN: Peristiwa pembelahan dada Rasulullah
SAW yg dilakukan oleh 2 malaikat.
USIA 6 TAHUN: Ibunya Aminah ditimpa sakit dan
meninggal dunia di Al-Abwa. Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN: Datuknya, Abd Muttalib meninggal
dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN: Bersama bapa saudaranya Abu Talib
bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang
pendita Nasrani bernama Bahira telah beritahu ketua rombongan bahawa ada
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab itu yg akan lahir pada masa
itu.
USIA 25 TAHUN: Bermusafir kali kedua ke Syam atas
urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwalid Al-Asadiyah. BAginda SAW
bersama-sama Abu Talib pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yg berusia 40 tahun ketika itu.
USIA 40 TAHUN: Menerima wahyu di gua Hira sebagai
perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN: Berhijrah ke Madinah Al-Munawarah
dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
USIA 63 TAHUN: Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah
Al Munawwarah.
Allah Taala berfirman:
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai
Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-doamu, Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Ali Imran: 31)